Buy Now Pay Later dan Belia: Kemudahan atau Perangkap?
Oleh: Dr. Siti ‘Aisyah Baharudin
Di sebalik ‘beli sekarang, bayar kemudian’, ramai belia ‘berhutang sekarang, terbeban kemudian’
Beli Sekarang, Bayar Kemudian atau Buy Now, Pay Later (BNPL) ialah kemudahan kredit digital yang membolehkan pengguna mendapatkan barangan hari ini dan membayarnya secara ansuran pada masa hadapan melalui platform seperti Grab PayLater, Atome dan SPayLater. Segalanya berlaku dengan pantas dan pembelian diluluskan hampir serta-merta tanpa cagaran atau proses rumit seperti pinjaman tradisional. Bayaran pula dipecahkan kepada jumlah kecil yang kelihatan ringan, menjadikan BNPL bukan sahaja mudah digunakan, malah terasa cepat berbanding urusan bank. Daya tarikannya jelas seperti akses mudah tanpa kad kredit, proses cepat dan fleksibiliti pembayaran yang sesuai dengan rentak kehidupan moden. Dengan hanya beberapa klik, proses pembayaran menjadi begitu lancar sehingga pengguna tidak lagi merasakan beratnya berbelanja seperti menggunakan wang tunai. Ini menunjukkan BNPL bukan sekadar kemajuan teknologi, tetapi telah mengubah cara pengguna membuat keputusan kewangan.

BNPL dalam Gaya Hidup Belia
Di Malaysia, BNPL berkembang seiring gaya hidup digital, khususnya dalam kalangan belia yang sentiasa terhubung dengan dunia dalam talian. Pada tahun 2025 sahaja, jumlah transaksi mencecah 243 juta, meningkat 66% berbanding tahun sebelumnya, menunjukkan betapa pantasnya ia menjadi pilihan utama pengguna. Mulai 1 Januari 2026, belia di Malaysia ditakrifkan sebagai individu berumur 15 hingga 30 tahun, dan golongan inilah yang mendominasi penggunaan BNPL. Hampir 40% transaksi datang daripada mereka yang berumur 30 tahun ke bawah, malah sebahagian besar pengguna terdiri daripada golongan muda berpendapatan sederhana dan rendah.
Dari sudut tingkah laku perbelanjaan, penggunaan BNPL bukan sahaja didorong oleh kemudahan, tetapi juga pengaruh rakan sebaya, gaya hidup pantas dan fenomena takut terlepas peluang (FOMO). Paparan berterusan gaya hidup di media sosial seperti promosi jualan, pempengaruh dan viral menjadikan FOMO semakin kuat, seolah-olah setiap peluang pembelian perlu direbut segera. Keadaan ini menyebabkan pembelian dibuat secara spontan tanpa perancangan, dengan BNPL menjadi jalan mudah untuk memenuhi keinginan walaupun belum bersedia dari segi kewangan. Ada yang melihat BNPL sebagai cara mudah mengurus perbelanjaan jangka pendek, namun hakikatnya ia tetap melibatkan komitmen hutang. Walaupun BNPL membantu memperluas akses kewangan dan menyokong ekonomi digital, penggunaan tanpa kawalan boleh membuka ruang kepada risiko kewangan yang lebih besar.
Risiko Kewangan BNPL
Pada pandangan awal, BNPL kelihatan seperti penyelamat kewangan melalui beli sekarang, bayar kemudian, tanpa tekanan segera. Namun di sebalik kemudahan ini, terselit risiko yang semakin membimbangkan, khususnya dalam kalangan belia. Kemudahan berbelanja tanpa bayaran segera mendorong pembelian impulsif dan gaya hidup di luar kemampuan, didorong oleh kecenderungan mengutamakan kepuasan segera berbanding kesan jangka panjang. Laporan Kementerian Kewangan Malaysia menunjukkan jumlah pinjaman BNPL melonjak daripada RM1.06 bilion pada 2023 kepada RM4.9 bilion pada 2025, peningkatan hampir 4.6 kali ganda, manakala jumlah pengguna turut meningkat hampir tiga kali ganda kepada 7.5 juta orang. Ini menunjukkan BNPL bukan lagi sekadar alternatif pembayaran, tetapi telah menjadi sebahagian daripada ekosistem kredit yang berkembang pesat dalam kehidupan harian. Namun, peningkatan ini juga menandakan potensi risiko yang semakin meluas apabila akses kredit menjadi terlalu mudah tanpa kawalan yang seimbang.
Tekanan kewangan ini menjadi lebih ketara apabila belia mula bergelut untuk mengekalkan disiplin pembayaran balik, terutama apabila BNPL digunakan bersama komitmen lain seperti pinjaman pelajaran dan kad kredit. Data menunjukkan jumlah pinjaman tertunggak BNPL telah mencecah RM160.2 juta, memberi gambaran bahawa masalah pembayaran balik bukan lagi kes terpencil. Walaupun nilai ini kelihatan kecil secara keseluruhan, ia memberi isyarat bahawa risiko tetap wujud dalam jangka panjang. Dapatan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menunjukkan 36% kes hutang berpunca daripada kelemahan perancangan kewangan, manakala 37% lagi berkait dengan tekanan kos hidup, sekali gus membuktikan bahawa isu ini bukan sekadar kekangan pendapatan, tetapi turut berkait dengan corak perbelanjaan dan pengurusan kewangan.
Apa yang lebih membimbangkan, BNPL kini digunakan untuk perbelanjaan harian seperti makanan dan pengangkutan, bukan lagi sekadar pembelian besar. Dengan nilai transaksi purata sekitar RM91 bagi golongan bawah 30 tahun, penggunaan yang kerap ini menjadikan perbelanjaan kelihatan kecil dan tidak membebankan. Namun, hutang kecil yang berulang inilah yang secara senyap membina beban kewangan besar. Peningkatan transaksi dan pengguna pada tahun 2025 sebanyak 66% dan 78% dalam laporan Business Today menunjukkan bahawa penggunaan BNPL semakin meluas dan intensif. Peningkatan penggunaan kredit mikro seperti ini boleh memberi kesan tidak langsung kepada kestabilan kewangan isi rumah, terutamanya apabila digabungkan dengan tahap hutang isi rumah Malaysia yang sudah tinggi, iaitu sekitar 89% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Lebih membimbangkan, kajian oleh Pasukan Petugas Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna menunjukkan lebih 70% pengguna BNPL aktif terdiri daripada kumpulan B40, menunjukkan golongan berpendapatan rendah paling terdedah kepada risiko ini kewangan ini.
Di sebalik penggunaan meluas, tahap literasi kewangan dalam kalangan belia masih rendah. Laporan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) menunjukkan hanya 33% rakyat Malaysia memiliki tahap literasi kewangan yang memuaskan, malah golongan belia didapati mencatatkan tahap literasi kewangan lebih rendah berbanding purata kebangsaan. Ini menjelaskan mengapa ramai belia tidak memahami sepenuhnya terma dan syarat BNPL, termasuk caj lewat bayar dan implikasi jangka panjang. Dalam keadaan ini, tingkah laku perbelanjaan dipengaruhi oleh keyakinan berlebihan terhadap kemampuan membayar dan kecenderungan melihat bayaran kecil sebagai tidak membebankan.
Lebih membimbangkan, kesan ini mula terserlah melalui peningkatan kes muflis dalam kalangan belia, dengan lebih 5,189 individu di bawah umur 34 tahun diisytiharkan muflis antara 2020 hingga 2025 seperti dilaporkan oleh The Edge Malaysia. Walaupun kadar tunggakan BNPL dilihat rendah, sekitar 2.6% atau 168,967 akaun, jumlah tunggakan sebanyak RM121.8 juta menunjukkan bahawa risiko kewangan tetap wujud dan boleh berkembang jika tidak dikawal. Ini menguatkan hakikat bahawa BNPL bukan sekadar alat kemudahan kewangan, tetapi juga mencerminkan tingkah laku perbelanjaan yang dipengaruhi oleh faktor ekonomi dan sosial. Tanpa kawalan dan disiplin kewangan yang baik, kemudahan ini berpotensi menjadi beban yang menjejaskan kestabilan kewangan belia dalam jangka panjang.

Inisiatif Kerajaan dan Cabaran Berterusan
Pada zahirnya, BNPL kelihatan seperti jalan pintas kewangan yang memudahkan namun terdapat beberapa kelemahan struktur yang semakin jelas, khususnya dalam kalangan belia. Antaranya ialah ketiadaan had kredit standard, di mana jumlah pembiayaan ditentukan oleh sistem dalaman penyedia tanpa garis panduan nasional yang jelas. Dari sudut kos, caj yang dikenakan juga tidak sentiasa ringan seperti dipromosikan dimana penalti lewat bayar boleh mencecah sekitar 1.5% sebulan atau hampir 18% setahun, malah dalam sesetengah kes meningkat sehingga 30% setahun. Selain itu, ketelusan terma dan syarat masih menjadi isu apabila maklumat penting seperti caj tersembunyi atau kesan terhadap skor kredit tidak dinyatakan dengan jelas. Lebih membimbangkan, proses kelulusan yang terlalu mudah tanpa penilaian kemampuan berhutang yang menyeluruh membolehkan pengguna mempunyai beberapa akaun BNPL serentak tanpa pemantauan kredit bersepadu. Ini menunjukkan bahawa walaupun akses kredit semakin mudah, perlindungan pengguna masih belum cukup kukuh.
Menyedari risiko ini, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Akta Kredit Pengguna (AKP) 2025 (Akta 873) yang diwartakan pada 31 Disember 2025 dan telah berkuat kuasa pada 1 Mac 2026. Akta ini meletakkan semua penyedia BNPL di bawah kawal selia yang lebih tersusun melalui Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP), termasuk keperluan pendaftaran, pelaporan data kredit dan pelaksanaan penilaian kemampuan berhutang sebelum kelulusan diberikan. Langkah ini merupakan satu kemajuan penting dalam memperkukuh tadbir urus kredit digital. Namun, keberkesanan langkah ini bergantung kepada tahap penguatkuasaan dan pematuhan industri, khususnya dalam memastikan semua penyedia benar-benar melaksanakan penilaian risiko secara telus dan konsisten. Walaupun pelbagai inisiatif telah diperkenalkan, masih terdapat jurang yang perlu ditangani. Antaranya ialah ketiadaan had kredit khusus bagi belia, kekurangan integrasi data kredit merentas platform, serta tahap literasi kewangan yang rendah dalam kalangan belia.
Dalam hal ini, amalan terbaik negara lain boleh dijadikan panduan praktikal. Contohnya, pendekatan had kredit di Singapura boleh dipertimbangkan sebagai langkah segera bagi melindungi belia daripada lebihan hutang, manakala syarat kelayakan pendapatan minimum di Indonesia boleh membantu memastikan penggunaan kredit lebih terkawal. Selain itu, cadangan memperkenalkan had kredit berperingkat mengikut umur, memperkukuh sistem perkongsian data kredit, pembangunan produk BNPL patuh syariah serta menjadikan pendidikan kewangan sebagai komponen wajib di institusi pengajian tinggi boleh dilaksanakan dalam jangka masa pendek dan panjang.
Cabaran Masa Hadapan BNPL
Pasaran BNPL di Malaysia dijangka terus berkembang pesat dan kini bukan sekadar fenomena sementara, tetapi telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup digital, khususnya dalam kalangan belia. Dengan nilai transaksi yang diunjurkan mencecah sekitar RM53.1 bilion menjelang 2027, iaitu hampir 10.8 kali ganda berbanding tahun 2025, jelas menunjukkan skala penggunaannya semakin meluas. Namun, semakin besar pasaran, semakin tinggi potensi risiko jika tidak disertai kawalan yang setara. Walaupun kadar tunggakan masih dilihat terkawal pada sekitar 0.3% daripada jumlah hutang isi rumah, pertumbuhan pesat ini membuka ruang kepada risiko baharu seperti peningkatan hutang berlebihan dan pengumpulan hutang secara tidak disedari.
Dalam kalangan belia, cabaran utama bukan lagi sekadar akses kepada kredit, tetapi keupayaan mengawalnya. BNPL bukan sahaja digunakan untuk pembelian besar, malah menjadi alat rutin bagi menampung perbelanjaan harian, sekali gus mengaburkan persepsi terhadap hutang sebenar. Apabila bayaran dipecahkan kepada jumlah kecil, pengguna cenderung melihatnya sebagai perbelanjaan biasa, bukan komitmen kewangan jangka panjang. Ia boleh mendorong perbelanjaan berlebihan tanpa perancangan apabila dipengaruhi persekitaran digital yang memudahkan transaksi dan menggalakkan keputusan pembelian secara spontan.
Dari sudut dasar, walaupun kerajaan telah memperkenalkan Akta Kredit Pengguna 2025 bagi memperkukuh kawal selia, cabaran terletak pada keberkesanan pelaksanaan dan penyesuaian dasar mengikut perubahan tingkah laku pengguna. Ini termasuk memperkukuh integrasi data kredit, menetapkan had kredit khususnya bagi belia, serta memastikan penilaian kemampuan berhutang dilaksanakan secara konsisten oleh semua penyedia. Pada masa yang sama, usaha meningkatkan literasi kewangan perlu diperkasakan agar pengguna bukan sahaja celik maklumat, tetapi mampu membuat keputusan kewangan yang lebih bijak.
Secara keseluruhan, BNPL membuka peluang besar dalam memperluas akses kewangan dan menyokong ekonomi digital. Namun, tanpa disiplin pengguna dan kawal selia yang kukuh, ia berpotensi meningkatkan risiko hutang dalam kalangan belia. Pada akhirnya, BNPL bukan sekadar alat kewangan tetapi ia adalah cerminan pilihan. Sama ada ia menjadi pemudah cara atau punca masalah, bergantung kepada sejauh mana ia digunakan secara berhemah.
**Penulis ialah Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia

Great read, doctor. Current research focuses on late payments. gap is whether BNPL’s use for daily essentials (70% of B40 youth) undermines long term wealth building (dynamic wealth effect) making it harder for B40 to increase wealth. Well worth deeper research. Thank you for raising this.
The main economic issue discussed in the article “Buy Now Pay Later dan Belia: Kemudahan atau Perangkap?” is the rapid expansion of Buy Now, Pay Later (BNPL) services among youth in Malaysia and its associated financial risks, including impulsive spending, accumulating micro-debts for daily necessities, and default risk. This issue remains highly relevant to Malaysia in 2027 as BNPL transaction values are projected to reach RM53.1 billion, and regulatory measures like the Consumer Credit Act 2025 (Act 873) require continuous evaluation of their implementation. To strengthen the discussion, reliable empirical data from Bank Negara Malaysia (BNM) and the Consumer Credit Oversight Board Task Force on credit risk exposure, alongside Credit Counselling and Debt Management Agency (AKPK) statistics on youth default drivers (such as living cost pressures versus poor financial planning), could provide updated context. Furthermore, macro-data from the Department of Statistics Malaysia (DOSM) on youth income levels and B40 demographics would help clarify whether BNPL reliance stems from structural economic hardship or behavioural tendencies like FOMO. To examine this issue systematically through a Systematic Literature Review (SLR) guided by the PICOC framework, two suitable research questions are: (1) How does Buy Now, Pay Later (BNPL) usage influence spending behaviour and financial vulnerability among young adults in emerging economies? and (2) What is the effectiveness of financial literacy interventions and tiered credit limits in mitigating over-indebtedness among youth using digital credit platforms? Overall, while BNPL provides short-term liquidity, incorporating detailed empirical evidence and SLR methodologies offers a more comprehensive evaluation of its impact on youth financial well-being
[WAN YONG JING]
The main economic issue discussed in the article “Buy Now Pay Later dan Belia: Kemudahan atau Perangkap?” is the rapid expansion of Buy Now, Pay Later (BNPL) services among youth in Malaysia and its associated financial risks, including impulsive spending, accumulating micro-debts for daily necessities, and default risk. This issue remains highly relevant to Malaysia in 2027 as BNPL transaction values are projected to reach RM53.1 billion, and regulatory measures like the Consumer Credit Act 2025 (Act 873) require continuous evaluation of their implementation. To strengthen the discussion, reliable empirical data from Bank Negara Malaysia (BNM) and the Consumer Credit Oversight Board Task Force on credit risk exposure, alongside Credit Counselling and Debt Management Agency (AKPK) statistics on youth default drivers (such as living cost pressures versus poor financial planning), could provide updated context. Furthermore, macro-data from the Department of Statistics Malaysia (DOSM) on youth income levels and B40 demographics would help clarify whether BNPL reliance stems from structural economic hardship or behavioural tendencies like FOMO. To examine this issue systematically through a Systematic Literature Review (SLR) guided by the PICOC framework, two suitable research questions are: (1) How does Buy Now, Pay Later (BNPL) usage influence spending behaviour and financial vulnerability among young adults in emerging economies? and (2) What is the effectiveness of financial literacy interventions and tiered credit limits in mitigating over-indebtedness among youth using digital credit platforms? Overall, while BNPL provides short-term liquidity, incorporating detailed empirical evidence and SLR methodologies offers a more comprehensive evaluation of its impact on youth financial well-being
[WAN YONG JING]
The article “Buy Now Pay Later dan Belia: Kemudahan atau Perangkap?” mainly discussed economic issue of the swift growth buy now, pay later (BNPL) schemes among Malaysian youth and the financial risks occurs such as reckless purchasing habits, the compounding of micro-debts for everyday living expenses, accumulates hidden penalty fees, risk of insolvency continues to grow and trap the youth in cycles of debt. This issue remains critically relevant to Malaysia in 2027 where persistent cost-of-living pressures, stagnant entry-level wages and an expanding digital economy continue to increase the financial vulnerability of the youth. As uncollateralized digital credit usage scales can risks elevating national household debt levels and stunting long-term capital accumulation, making robust regulatory oversight by authorities like Bank Negara Malaysia essential. To significantly strengthen the discussion, the analysis could incorporate empirical data and statistical reports from Bank Negara Malaysia and the Credit Counselling and Debt Management Agency detailing youth defaults rates and bankruptcy trends, behavioral economics literature examining the psychological ‘pain of paying’ differences between digital micro-loans and traditional payment methods and comparative policy studies evaluating consumer credit protection frameworks. Lastly, two suitable research questions for Systematic Literature Review to examine the issue systematically are: 1. How does the adoption of BNPL schemes influence consumer behavior and financial literacy gaps? 2. What are the challenges of uncoordinated digital micro-credit expansion on household indebtedness?
[Nur Syakila Nasarudin]
Perkhidmatan Buy Now, Pay Later (BNPL) semakin popular dalam kalangan belia di Malaysia kerana membolehkan mereka membeli barangan sekarang dan membuat pembayaran secara ansuran pada masa akan datang dan membantu belia dalam pengurusan perbelanjaan jangka pendek. terutamanya yang mempunyai pendapatan rendah.Walaubagaimanapun,penggunaan BNPL secara berlebihan menyebabkan pembelian impulsif,meningkatkan hutang pengguna.Buktinya,Pasukan Petugas Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna menunjukkan lebih 70% pengguna BNPL aktif terdiri daripada kumpulan B40, menunjukkan golongan berpendapatan rendah paling terdedah kepada risiko ini kewangan ini.Oleh itu,kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Akta Kredit Pengguna (AKP) 2025 (Akta 873) yang diwartakan pada 31 Disember 2025 dan telah berkuat kuasa pada 1 Mac 2026 untuk memperkukuhkan tadbir urus kredit digital.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan BNPL terhadap tingkah laku perbelanjaan dan pengurusan kewangan dalam kalangan belia. Antara faktor yang boleh dikaji ialah tahap pendapatan, tahap literasi kewangan, tabiat berbelanja, jumlah hutang dan perbelanjaan bulanan.Masalah kajian ini boleh diselesaikan melalui Systematic Literature Review (SLR).Soalan Kajian pertama (RQ1) adalah Apakah faktor yang mempengaruhi penggunaan BNPL dan tingkah laku perbelanjaan dalam kalangan belia?(RQ2) Bagaimanakah penggunaan BNPL dikaitkan dengan pengumpulan hutang dan pengurusan kewangan dalam kalangan belia?
Hasil kajian ini dapat membantu menentukan sama ada BNPL merupakan kemudahan pembayaran yang bermanfaat atau berpotensi menjadi perangkap kewangan kepada belia. Selain itu, kajian ini juga boleh membantu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengurusan kewangan yang bijak serta menggalakkan penggunaan kredit secara bertanggungjawab.
(SITI HAJAR BINTI HAMZAH)
The article examines the rapid expansion of Buy Now, Pay Later (BNPL) digital credit schemes among Malaysian youth and the resulting micro-level financial vulnerabilities. The primary economic issue centers on how the frictionless nature of BNPL platforms—driven by low financial literacy, peer influence, and Fear of Missing Out (FOMO)—prompts impulsive spending and the accumulation of recurring micro-debts for routine living expenses. This behavioral pattern significantly heightens household debt exposure, particularly among B40 youth, escalating early-career insolvency risks. This issue remains profoundly relevant to Malaysia in 2027 as BNPL transaction values are projected to reach RM53.1 billion, reflecting how deeply embedded digital credit has become in daily consumer behavior. Moreover, 2027 marks an essential period for evaluating the practical enforcement and structural efficacy of the Consumer Credit Act (CCA) 2025 and the Consumer Credit Commission (SKP) in regulating credit assessment standards, capping late fees, and preventing over-indebtedness among young borrowers without hindering financial inclusion. To strengthen the author’s argument, the discussion could integrate longitudinal empirical data from Bank Negara Malaysia (BNM) tracking BNPL default correlations with aggregate household debt indicators. Furthermore, incorporating Credit Counselling and Debt Management Agency (AKPK) statistics to differentiate structural cost-of-living pressures from behavioral overspending, as well as comparative policy analysis from countries like Singapore or Indonesia, would provide greater analytical depth. To systematically investigate this ongoing phenomenon through a Systematic Literature Review (SLR), two suitable research questions are: (1) How does the adoption of digital Buy Now, Pay Later (BNPL) services influence spending behavior, impulse buying, and financial vulnerability among young adults in emerging economies? and (2) What is the comparative efficacy of state regulatory intervention frameworks and digital financial literacy programs in mitigating youth over-indebtedness across e-commerce platforms?
The article “Buy Now Pay Later dan Belia: Kemudahan atau Perangkap” mainly discussed about the economic issue of the massive growing of Buy Now, Pay Later (BNPL) digital credit schemes and affecting impact on the financial wellbeing of Malaysian youths, highlighting how frictionless, easily accessible micro-credit fuels impulsive consumerism, accumulates hidden penalty fees, and traps young earners in cycles of debt. This issue remains critically relevant to Malaysia in 2027 where persistent cost-of-living pressures, stagnant entry-level wages and an expanding digital economy continue to heighten the financial vulnerability of the young people. As more people using this digital credit payment, it could lead to more household debt levels and stunting long-term capital accumulation making robust regulatory oversight by authorities like Bank Negara Malaysia essential. To significantly strengthen the discussion, the analysis could incorporate empirical data and statistical reports from Bank Negara Malaysia (BNM) and the Credit Counselling and Debt Management Agency (AKPK) detailing youth default rates and bankruptcy trends, behavioral economics literature examining the psychological “pain of paying” differences between digital micro-loans and traditional payment methods and comparative policy studies evaluating consumer credit protection frameworks in other Southeast Asian jurisdictions. Lastly, two research questions for a Systematic Literature Review (SLR) are: 1. How does the adoption of Buy Now, Pay Later (BNPL) schemes influence consumer behavior among young adults? 2. How effective are current credit assessment tools and consumer protection policies in mitigating the behavioral risks of BNPL adoption among young adult borrowers?
(Nur Syakila Nasarudin)
The main economic issue discussed in the article “Buy Now Pay Later dan Belia: Kemudahan atau Perangkap?” is the accumulation of BNPL debt, which may undermine young people’s ability to afford basic necessities and maintain savings. Understanding its causes requires distinguishing between borrowing driven by financial hardship, such as limited income and rising living costs, and borrowing driven by impulsive purchases, promotions and fear of missing out (FOMO). A Systematic Literature Review (SLR), guided by the PICOC framework, could examine existing studies on BNPL users aged 18–30, focusing on income, financial literacy, multiple-platform usage and repayment difficulties. Two suitable research questions are: (1) How are financial pressures and impulsive buying associated with repayment arrears among young BNPL users? (2) How effective are financial education and affordability-based credit limits in reducing these arrears? To identify potential solutions, researchers could systematically compare studies evaluating financial education, repayment reminders, affordability assessments and credit limits against usual practices or comparison groups. Outcomes such as late-payment rates, debt-to-income ratios and financial well-being would help assess their effectiveness. Although the article proposes several measures, it does not establish their effectiveness. The SLR would evaluate the available evidence and identify which approaches are most suitable for protecting young users in Malaysia.
[SYAZANA]
The main economic issue discussed in “Buy Now Pay Later dan Belia: Kemudahan atau Perangkap?” is how easy access to instalment credit can weaken young consumers’ control over spending and future income. Although BNPL allows purchases without full immediate payment, repeated transactions can create overlapping commitments that leave less money for necessities, savings and emergencies. The article identifies an important risk, but its discussion should distinguish between young people borrowing to maintain a desired lifestyle and those borrowing because their income cannot cover essential expenses. These situations require different policy responses, as financial education alone cannot resolve inadequate income. The issue is likely to remain relevant to Malaysia in 2027 because the consequences of borrowing extend beyond the initial purchase, while convenient digital payments may encourage continued reliance on instalments. The article’s projected market expansion reinforces the need for attention, although forecasts should not be treated as confirmed outcomes. Its argument also requires more careful interpretation of evidence: an increase in BNPL transactions does not automatically demonstrate financial distress, and general youth bankruptcy figures cannot establish that BNPL caused bankruptcy. Additional evidence should therefore focus on repayment burdens rather than market growth alone. BNPL regulatory reports showing overdue payments by age, income and number of active accounts would help identify vulnerable groups. Department of Statistics Malaysia (DOSM) income and expenditure reports could clarify whether essential living expenses contribute to borrowing, while Credit Counselling and Debt Management Agency (AKPK) findings could provide context on repayment difficulties. Previous studies tracking users over time would further help determine whether BNPL worsens financial insecurity or is mainly used by individuals already facing financial pressure. Two suitable research questions for a Systematic Literature Review (SLR) are: (1) How does using multiple BNPL platforms relate to repayment difficulties and reduced savings among young adults? (2) How effective are repayment reminders and clear disclosure of total repayment commitments in reducing late payments among young BNPL users? Reviewing evidence on these questions would help assess practical consumer protections. Overall, the article presents a persuasive warning, but stronger evidence is needed to distinguish convenient payment management from harmful dependence on debt.
[SYAZANA MOHD]
The primary economic issue examined in the article is “Buy Now, Pay Later” (BNPL) schemes among Malaysian youth, highlighting how friction-free micro-credit encourages impulsive consumption, exacerbates debt accumulation, and heightens the risk of early insolvency due to inadequate financial literacy. This issue remains acutely relevant to Malaysia in 2027 because ongoing digital wallet integration, aggressive algorithmic marketing across e-commerce platforms, and lingering wage stagnation among entry-level workers continue to make deferred credit an attractive yet perilous substitute for liquid income. Furthermore, as the Consumer Credit Act (CCA) and Consumer Credit Oversight Board (CCOB) enforce regulatory compliance and credit registry reporting, monitoring non-bank credit exposures among young adults remains a critical macro-financial priority to prevent systemic household debt risks. To significantly strengthen the author’s discussion, empirical data from Bank Negara Malaysia’s (BNM) Financial Stability Reviews specifically detailing default rates, active BNPL accounts, and age demographics that should be incorporated alongside statistics from the Malaysian Department of Insolvency (MdI) and the Credit Counselling and Debt Management Agency (AKPK) concerning youth bankruptcy and debt restructuring trends. Complementing these with behavioral economics literature (such as Prelec and Loewenstein’s “pain of paying” framework) would provide empirical grounding for how frictionless deferred payments decouple immediate consumption from psychological financial distress. Finally, to synthesize academic insights on this phenomenon, two pertinent research questions suitable for a Systematic Literature Review (SLR) are: (1) “What are the primary socio-economic and behavioral drivers influencing Buy Now, Pay Later (BNPL) adoption and subsequent debt distress among young adult consumers in emerging digital economies?” and (2) “How effective are non-bank credit regulatory frameworks and digital financial literacy interventions in mitigating consumer over-indebtedness within alternative micro-lending ecosystems?
The main economic issue discussed in the article Buy Now Pay Later dan Belia: Kemudahan atau Perangkap? by Dr. Siti ‘Aisyah Baharudin is the rapid rise of Buy Now, Pay Later (BNPL) usage among youths, which leads to hidden debt burdens, impulse buying, and financial risks driven by low financial literacy. This issue remains highly relevant to Malaysia in 2027 as BNPL transaction values are projected to reach RM53.1 billion by 2027, potentially worsening the country’s high household debt around 89% of GDP) if the Consumer Credit Act 2025 and strict youth credit limits are not effectively enforced. The discussion could be further strengthened by incorporating empirical data from Bank Negara Malaysia (BNM) reports on the impact of microcredit on youth bankruptcy alongside cross-country comparative studies on digital loan limits. Finally, to enable further investigation through a Systematic Literature Review (SLR), two suitable research questions are: (1) What are the key determinants driving youth reliance on digital microcredit services like BNPL for daily expenses? and (2) To what extent is the regulatory framework of the Consumer Credit Act 2025 effective in curbing youth indebtedness risks in Malaysia?