skip to Main Content

MyREF HELPING HANDS PROGRAM | Bantuan Kepada Para Pelajar B40 & Asnaf

“Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air itu memadamkan api” (HR. At-Tirmidzi)

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada ketika ini telah memberikan impak kepada pelbagai sektor termasuklah sektor ekonomi. Malaysia turut tidak terkecuali untuk menerima impak ini terutamanya bagi mereka bagi dikategorikan sebagai B40 khususnya golongan asnaf. Melihat kepada situasi ini, Malaysian Research & Education Foundation dan DoGood Club telah sepakat untuk cuba membantu golongan ini khususnya mereka yang mempunyai anak-anak yang sedang bersekolah dan sasaran kawasan yang terlibat adalah di sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur.

Oleh yang demikian, sempena pembukaan sekolah pada Januari 2021, kami merancang untuk mengadakan sebuah program kemasyarakatan yang diberi nama “Helping Hands Program” dengan tujuan memberikan set bantuan khas seperti pakaian persekolahan, kasut, beg serta alat tulis kepada anak-anak kita yang memerlukan.

Ingin membantu anak-anak ini? Jom klik link berikut: https://www.billplz.com/HelpingHandsProgram

Contact us if you would like to contribute other than financial contribution or learn more about this program.

Back To Top
×Close search
Search