skip to Main Content

Malaysian Research and Education Foundation (MyREF) dapat mengumpulkan dan menerbitkan kompilasi artikel MyREF Think Tank bagi tahun 2022. Buku yang memuatkan sebanyak 14 buah artikel ini merupakan projek penerbitan sulung bagi Unit Penyelidikan dan Pembangunan MyREF. Projek ini bermula dengan penerbitan artikel MyREF Think Tank di laman sesawang dan juga media sosial MyREF yang menyentuh dan mengupas isu-isu semasa. Hal ini bertepatan dengan objektif dan misi MyREF untuk membangunkan modal insan melalui penyelidikan dan pendidikan.

Penghasilan dan penyusunan kompilasi artikel MyREF Think Tank ini merangkumi bidang sosial, kemasyarakatan, ekonomi, agama, alam sekitar dan pendidikan. Perbincangan artikel yang diketengahkan digarap dengan bahasa yang mudah dan mesra pembaca bagi memastikan penyampaian maklumat secara efisien. Walaupun terdapat isu semasa yang dibawa bersifat global namun melalui gaya bahasa dan perspektif yang dibawa penulis mampu memberikan manfaat kepada pembaca.

Back To Top
×Close search
Search