Isu Palestin sudah menjangkau usia lebih daripada 75 tahun tanpa sebarang penyelesaian konkrit. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan dalam aspek bantuan kemanusiaan, pembangunan infrastruktur, advokasi dan rundingan damai, namun semua usaha ini menemui jalan buntu dan bersifat sementara.
Oleh itu, JPAF ditubuhkan untuk menghimpunkan masyarakat dunia yang cintakan keamanan, tanpa mengira kaum dan agama, untuk menolak ketidakadilan yang telah dilakukan oleh penjajah Zionis ke atas rakyat Palestin bermula pada Nakba 1948. Sehingga kini, sudah 75 tahun rakyat Palestin ditindas oleh regim Apartheid Israel dan tempoh ini adalah lebih lama daripada apartheid di Afrika Selatan.
