skip to Main Content

PENGARUH PANDEMIK COVID-19 TERHADAP KESEJAHTERAAN GURU DI MALAYSIA

Penularan COVID-19 yang melanda seluruh dunia memberi pelbagai kesan termasuk dalam sistem pembelajaran. Musibah yang melanda negara ini turut memberi impak terhadap sistem pembelajaran di Malaysia. Berikutan daripada arahan kerajaan terhadap penutupan institusi-institusi pendidikan termasuk sekolah-sekolah di Malaysia, sekali gus mengakibatkan sistem pembelajaran mengalami perubahan daripada sebelumnya. Rentetan daripada itu, sistem pembelajaran dalam talian atau secara maya menjadi alternatif baharu menggantikan sistem pembelajaran dalam bilik darjah.

Bagi memastikan kelancaran pembelajaran dapat dicapai oleh keseluruhan pelajar dan guru, penggunaan infrastruktur seperti peralatan mencukupi dan akses kepada capaian internet perlu diberi perhatian. Selain daripada itu, sistem pembelajaran sebegini juga turut memberi cabaran baharu terhadap segelintir guru di sekolah. Dalam usaha memenuhi peranan sebagai pendidik dan dalam masa yang sama perlu memberi komitmen terhadap keluarga sedikit sebanyak pasti memberi kesan terhadap emosi guru sendiri. Tambahan pula kesejahteraan emosi turut dipengaruhi oleh status pekerjaan seseorang individu.

Oleh yang demikian, Malaysian Research and Education (MyREF) berhasrat mengkaji pengaruh pandemik COVID-19 terhadap kesejahteraan emosi dan fizikal guru-guru sekolah di Malaysia. Kajian ini melibatkan guru-guru di sekolah rendah dan menengah (kerajaan dan swasta) di Malaysia. Justeru, kami memohon jasa baik anda untuk mengisi borang soal selidik ini yang mengandungi tiga bahagian A, B dan C dan akan mengambil masa kira-kira 10 minit untuk dilengkapkan. Kerahsiaan maklumat anda adalah dijamin pihak kami. Kerjasama anda didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Back To Top
×Close search
Search