skip to Main Content
MyREF Digital Enterpreneur Program Sesi 1/2020

MyREF Digital Enterpreneur program Sesi 1/2020

Malaysian Research & Education Foundation (MyREF) dengan kerjasama Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM) telah menganjurkan MyREF Digital Enterpreneur program Sesi 1/2020 pada 21-22 November 2020 selama dua hari.

Seramai 14 orang peserta komuniti Hijrah telah menyertai bagi fasa satu MyREF Digital Enterpreneur program Sesi 1/2020 yang diadakan secara atas talian (online).

Program ini memberi pendedahan kepada peserta komuniti Hijrah terhadap ilmu perniagaan online, facebook marketing, Instagram marketing, Whatsapp marketing dan copywriting. Penyertaan peserta komuniti Hijrah dalam MyREF Digital Enterpreneur program sesi 1/2020 memberi peluang kepada mereka untuk memperkembangkan perniagaan mereka dengan meluas melalui platform digital seiring dengan arus teknologi semasa. Setiap peserta komuniti Hijrah yang mengikuti program ini bukan sahaja beroleh ilmu yang bermanfaat malahan membuka ruang networking sesama komuniti Hijrah.

Bagi memastikan keberlangsungan dan impak program terhadap peserta komuniti Hijrah, maka MyREF Digital Enterpreneur program bakal menyediakan satu sesi khas pada fasa kedua. Bagi sesi khas ini, MyREF akan memilih seramai 20 orang peserta yang berpotensi untuk memajukan perniagaan mereka melalui modal minimum RM500. Semoga dengan inisiatif program Latihan kemahiran ini memberi manfaat yang maksimum kepada komuniti Hijrah dan masyarakat umum secara amnya.

Back To Top
×Close search
Search