skip to Main Content
Bantuan Makanan Asas

Bantuan Makanan Asas

Pada 17 dan 20 Disember 2020 yang lepas, Malaysian Research & Education Foundation dengan Kerjasama AJK Surau al-Iman Taman Putra Budiman telah menyantuni penduduk di sekitar Cheras dengan menghulurkan bantuan makanan asas kepada 50 buah keluarga yang memerlukan. Rata-ratanya mereka yang terpilih ini terdiri daripada asnaf, ibu tunggal serta OKU.

Hasil daripada temu bual ke atas keluarga terpilih ini mendapati bahawa mereka terdiri daripada latar belakang, pendapatan serta tahap kesihatan yang berbeza. Walaupun mereka dihimpit dengan kemiskinan, namun ia bukanlah satu penghalang buat mereka. Didapati bahawa mereka sentiasa berjuang untuk membaiki ekonomi keluarga dengan hasil titik peluh mereka sendiri menerusi pekerjaan dan perniagaan kecil-kecilan. Pendidikan anak-anak juga tidak mereka ketepikan. Walaupun mengalami beberapa kekangan untuk menyediakan bahan-bahan persekolahan anak-anak mereka, namun mereka tetap berusaha untuk memberikan yang terbaik buat generasi mereka.

Melihat kepada keadaan tersebut, maka MyREF berhasrat untuk sekali lagi menganjurkan Helping Hands Program namun dengan objektif yang berbeza iaitu untuk menyantuni para pelajar yang memerlukan bantuan persekolahan. Oleh yang demikian, pihak MyREF amat berbesar hati jika terdapat pihak-pihak yang ingin membantu kami menyantuni anak-anak generasi muda ini. Kami yakin bahawa tanggungjawab ini merupakan tanggungjawab bersama😊

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top
×Close search
Search