MyReF 4 Rohingya – Day 3

Misi Kemanusiaan MyReF di Kem Pelarian Rohingya, Balukali, Cox’s Bazar Bangladesh.

Saya berada seminggu di Kem Balukali di Cox’s Bazar Bangladesh yang menempatkan hampir sejuta lebih pelarian Rohingya yang mendapatkan perlindungan di sempadan ini. Mereka melarikan diri dari kampung halaman mereka di daerah Rakhine, Myanmar.

Persaksikanlah wahai seluruh penderma yang budiman, bahawasanya saya telah melaksanakan amanah yang anda letakkan di bahu saya dan MyReF untuk membina khemah yang baik buat saudara Rohingya di kem pelarian dia Cox’s Bazar ini.

Kami berjaya mengumpul RM 10,000 dalam tempoh 3 minggu. Dengan pertolongan Allah, hasil rundingan kami bersama sebuah NGO dari Bangladesh Southern Charity Foundation РSCF, kami berjaya membeli material kotton kanvas yang berkualiti dengan harga diskaun. Kesemua kotton kanvas mematuhi syarat-syarat yang kami inginkan kalis air, api dan UV. Kesemua kos pembinaan dan belian barang hanyalah RM1000 untuk sebuah khemah. Dengan jumlah kutipan derma yang ada kami berjaya membina 10 khemah sepanjang seminggu saya di Kem Balukali.

Khemah ini kami bina khas buat pelarian yang baru tiba di Cox’s Bazar. Sebuah khemah dapat menempatkan 5-7 ahli keluarga. Maka dengan terbinanya 10 khemah hampir 50-70 saudara Rohingya telah berjaya kita lindungi. Alhamdulillah.

Saya sendiri telah meminta kepada pelarian Rohingya yang ditindas ini agar mereka mendokan kebaikan buat rakyat Malaysia yang telah menderma. Mereka telah mendoakan kalian dan doa tersebut telah diaminkan dihadapan saya sendiri. Ingatlah bahawasanya doa orang yang ditindas itu akan dimakbulkan Allah. Semoga Allah membina sebuah mahligai Istana buat penderma sekalian diatas keprihatinan anda membina sebuah khemah buat saudara Rohingya yang tertindas ini.

Buat mereka yang ingin menderma untuk misi MyReF 4 Rohingya, anda masih berpeluang untuk berbuat demikian.

Misi kedua kami:
1. Pembinaan 20 khemah baru buat pelarian yang baru tiba – RM1000 / Khemah
2. Pemberiaan 30 buah “Panel Solar” sebagai sumber elektrik – RM 800 / Panel solar
3. Pembeliaan benih sayuran, baja dan polibeg untuk projek tanaman sayuran – RM 60 / Set tanaman

Sumbangan anda adalah persediaan untuk anda bertemu Allah kelak serta bantuan buat pelarian ini meneruskan kehidupan. Kami hanyalah medium yang diberi tanggungjawab dan amanah, dan Inshallah kami akan melaksanakan amanah yang diberi sebaik mungkin.

 

 

 

Sumbangan boleh disalurkan ke:

Maybank Islamic:
Akaun: The Trustees of Malaysian Reconstruction Foundation Registered
No akaun: 564810514632

CIMB Islamic:
Akaun: Malaysian Reconstruction Foundation
No akaun: 8602591922

Paypal: info@myref.org.my /

Reference: 4 Rohingya
Emel: info@myref.org.my
Telefon: 0182016558

Ikhlas,

Nurul Damia Mohamad Sofian

Wakil MyReF ke Cox’s Bazar Bangladesh
Ketua Eksekutif Korporat & Perhubungan Awam
Malaysian Reconstruction Foundation (MyReF)