MyReF 4 Rohingya – Day 2

Kami mendaki berjalan 5km pergi dan balik untuk sampai ke sektor baru ini. Kawasan berbukit sedikit mencabar namun menyedari hakikat inilah perjalanan yang setiap hari ditempuh oleh semua pelarian yang tinggal dikawasan ini, kami gagahi juga perjalanan.

8 Khemah baru akan dibina di sektor baru ini. Khemah ini dapat menempatkan hampir 8 keluarga pelarian yang setiapnya mempunyai 5-7 orang ahli.

Sumbangan & doa anda kekuatan kami. Terima kasih atas segalanya. Hanya Allah SWT dapat membalas jasa anda semua. Sumbangan masih boleh disalurkan kerana masih banyak lagi keperluan asas yg diperlukan.

#withrefugees #rohingya #myref4rohingya